Senarai Akta

Informasi Akta Pelantar Benua

Akta Pelantar Benua, 1966

Latar Belakang Akta Pelantar Benua

  • Menurut seksyen 2, Akta Pelantar Benua (APB), 1966 (Disemak 1972), ‘Pelantar Benua’ ditakrifkan sebagai dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri-Negeri, yang permukaannya terletak sedalam tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau jika dalamnya air superjasen membolehkan eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut, di mana-mana tempat yang lebih dalam.

  • Di bawah seksyen 4(4) APB, kuasa meluluskan lesen untuk mengambil pasir di kawasan pelantar benua terletak di bawah bidang kuasa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Takrif kawasan ‘pelantar benua’ merujuk kepada kawasan di luar perairan wilayah negeri-negeri.

  • Di bawah seksyen 4(2), Emergency Essential Powers Ordinance No. 7 of 1969 (Pindaan), yang diwartakan sebagai P.U. (A) 468/1969, bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966, ‘territorial waters’ ditakrifkan sebagai perairan laut yang bersempadan dengan pantai dan tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas surut perbani (low water mark). Ini bermakna kawasan di luar tiga batu nautika dari tikas surut perbani ialah kawasan pelantar benua. Sehubungan itu, Y.B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969, berkuasa di bawah seksyen 4(4) APB untuk mengeluarkan lesen mengambil pasir di kawasan berkenaan.

  • Di bawah seksyen 4(6) APB, pemberian lesen dan bilangan lesen yang boleh diberikan kepada orang atau syarikat yang sama adalah di bawah budi bicara mutlak Y.B. Menteri.

  • Perkara 3(2) dan (3) Warta Kerajaan P.U. (B) 365/1985, Pemberitahuan Pelantar Benua (Penetapan Borang dan Fi), menetapkan bahawa permohonan lesen untuk menjelajah, mencarigali, menggerek, melombong atau menjalankan operasi bagi mendapatkan galian dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua di bawah seksyen 4 APB hendaklah diserahkan kepada dan diproses oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Tarikh kemas kini: