Profil Bahagian

Profil Bahagian BHSS

VISI

Ke Arah Menerajui Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Kelas Pertama. 

 

MISI

Memberikan Perkhidmatan Secara Professional dan Berintegriti dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara

Membentuk dan Memperkasa Perundangan dan Tadbir Urus Pemilikan Strata dan Stratum secara Mampan, Efektif dan Relevan serta Menyokong Pelaksanaan Dasar ke arah Kelestarian Pembangunan Negara dan Kemaslahatan Rakyat melalui Tindakan berikut:

  • Membangun pengetahuan dan kepakaran serta mendaya upaya pegawai Bahagian;

  • Mengukuh atau Menyusun semula Bahagian;

  • Membangun pangkalan data dan menyebar maklumat kepada kumpulan sasar;

  • Membina dan mengukuh jaringan serta kerjasama dengan pihak berkepentingan; dan

  • Meningkatkan kesedaran awam melalui sebaran maklumat secara berkesan.

 

OBJEKTIF

Kandungan akan dikemaskini

  • Merangka dan menggubal, menyelaras, memantau dan memudah cara pelaksanaan dasar dan perundangan serta tadbir urus mengenai pemilikan strata serta pelupusan tanah bawah tanah dan pemilikan stratum supaya mampan, efektif dan relevan dalam menyokong pelaksanaan dasar pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

  • Memberi khidmat nasihat/ konsultasi berkaitan perundangan pemilikan strata dan stratum kepada pihak berkepentingan.

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan modal insan kepada pihak pentadbiran tanah dan agensi Kerajaan yang berkaitan serta program publisiti, pendidikan dan kesedaran kepada sektor swasta dan orang awam.

  • Mengurus dan menganalisa pertanyaan/ aduan berkaitan pengurusan hakmilik strata dan stratum serta memudah cara penyelesaian pertanyaan/ aduan.

  • Menyelaras dan mengurus dana Kerajaan serta melaksana program penyelesaian permohonan hakmilik strata khususnya bagi kategori bangunan lama dan “bangunan khas” di bawah seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985.

  • Memberi khidmat nasihat/ konsultasi berkaitan pembangunan sistem elektronik strata negeri dan memudah cara pelaksanaannya.

  • Mengurus hal ehwal Bahagian merangkumi sumber manusia, kewangan dan perolehan serta pentadbiran am mengikut peraturan berkuat kuasa.

Kandungan akan dikemaskini

Tarikh kemas kini: